Sejarah Sekolah

| |

Kewujudan Sekolah Agama Seri Merlong bermula pada tahun 1960an. Ia lebih dikenali sebagai Sek. Agama Kerajaan Johor. Permintaan pengajaran terhadap pengajaran Al-Quran dan ilmu agama menyebabkan sekolah ini terus bertahan.

Selanjutnya Kerajaan Johor telah membuat kata sepakat dengan Kerajaan Pusat bagi mengiktiraf kewujudan Sek. Agama Kerajaan Johor. Lalu terbentuknya sukatan pelajaran yang lebih tersusun dengan penambahan matapelajaran antaranya Munakahat.

Nama Sekolah Agama Seri Merlong adalah sempena nama kampong terletaknya bangunan sekolah ini. Sebelum memiliki bangunan sendiri para pelajar dan guru-gurunya telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Merlong. Sesi pembelajaran di sekolah ini hanya dilaksanakan pada sebelah petang bermula jam 2.00 hingga 6.30 petang dan ianya kekal hingga ke hari ini.

Penyerahan kunci sekolah merupakan detik yang bersejarah kepada warga sekolah ini. Ia berlaku pada 4 Januari 1986 bersamaan 23 Rabiulakhir 1406 H. Peristiwa ini telah dirakamkan di dalam Buku Rekod Maklumat Sekolah. Banguna baru terdiri dari dua bangunan dua tingkat, memiliki 12 bilik darjah. Sehingga ke hari ini prasarana prasarana sekolah sentiasa dipertingkatkan. Antaranya pembinaan bangunan Musola, kantin, Dewan terbuka, pondok bacaan dan lain-lain lagi.

Tarikh permulaan sekolah ini digunakan oleh murid-murid dan guru-guru pada hari Ahad 5 Januari 1986 bersamaan 24 Rabiulakhir 1406 H. Pada masa kini, sekolah ini semakin ceria dan terus mampu menampung pelajar seramai 450 orang dan gurunya seramai 12 orang.


SEJARAH PENYERAHAN KUNCI SEKOLAH

Hari Sabtu 4 Januari 1986 bersamaan 23 Rabiulakhir 1406 H, diadakan majlis penyerahan kunci bangunan Sekolah Agama Seri Merlong daripada pihak pemaju bangunan kepada pihak Jabatan Agama Negeri Johor.
Majlis diadakan di dewan bangunan sekolah ini. Aturcara majlis didahului oleh ucapan daripada Tuan Pengelola Sekolah Agama Daerah Batu Pahat, pihak pemaju bangunan Negeri Johor, Setiausaha Jabatan Agama Negeri Johor, Tuan Pengerusi Kampung Seri Merlong, Ketua UMNO cawangan Seri Merlong serta bacaan Doa oleh Tuan Naib Qadi Seri Merlong.

Kemudian diadakan majlis penyerahan anak kunci bangunan oleh pihak pemaju bangunan kepada Setiausaha Jabatan Agama Negeri Johor seterusnya diserahkan kepada Tuan Guru Besar Sekolah Agama Seri Merlong tepat jam 12.00 tengahari.

Majlis ini dihadiri oleh Setiausaha Jabatan Agama Negeri Johor, pemaju bangunan negeri, Tuan Pengelola Sekolah Agama Daerah Batu Pahat, Cikgu Pelawat bahagian Rengit, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Merlong, Bekas Timbalan Pengarah Pelajaran Agama Johor, Tuan Pengerusi Kampung Seri Merlong, kontraktor bangunan, pemborong peralatan sekolah, guru-guru dan Ahli-ahli Jawatankuasa penaja Sekolah Agama Seri Merlong.

Bangunan ini mula digunakan pada hari Ahad 05 Januari 1986 bersamaan 23 Rabiulakhir 1406 Hijrah.

1 comment:

onlajer said...

Terima kasih untuk info sekolah agama ini

Post a Comment