6 bulan koma tidak insaf
Oleh Siti Nur Almizan Aripin dan Bennie Zie Fauzibminggu@bharian.com.my
Berbohong jadi amalan mat rempit, keluarga terlalu mudah diperdaya SOAL patah riuk tidak pernah ada dalam kamus diri mat rempit. Hanya maut menjadi penamat kepada usaha sia-sia mereka yang saban malam berlumba motosikal hanya untuk sedikit habuan membabitkan pertaruhan kecil. Pertaruhan besar hanya untuk malam minggu yang menyaksikan perempuan bohsia menjadi hadiah untuk pemenang lumba haram, selain wang.
Hakikatnya, soal patah kaki atau cedera parah akibat jatuh motosikal ketika berlumba tidak sedikitpun menakutkan mat rempit, apatah lagi kehadiran polis yang cuba menyekat laluan perlumbaan mereka lebih dilihat sebagai marsyal untuk melancarkan lagi perlumbaan mereka. “Saya menerima 69 jahitan dan setahun dirawat di hospital selepas jatuh ketika berlumba di Seksyen 19, Shah Alam. Enam bulan saya koma, tiga bulan hilang ingatan dan tiga bulan lagi belajar menggerakkan anggota badan untuk pulih semula. “Kejadian itu tidak menginsafkan saya supaya tidak lagi merempit. Hanya selepas melihat rakan baik saya bertarung dengan maut akibat motosikalnya bergesel dengan pembahagi jalan dan serpihan motosikal menghiris jantungnya, barulah saya insaf,” kata bekas mat rempit, Mohamad Zahari Sulaiman.
INFO: Mat Rempit
76 peratus pernah ditahan polis sekurang-kurangnya sekali atau kesalahan sama atau jenayah.
24 peratus daripada mereka mat rempit baru (ikutan).
11 peratus daripada mereka adalah pelajar termasuk Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Kajian:
Pembabitan Mat Rempit dalam Jenayah (560 responden)
Faktor Pembabitan Mat Rempit (100 responden)
Mat Rempit dan Hubungan dengan Masalah Sosial (108 Utara (Kedah dan Pulau Pinang)
Zon Tengah (Kuala Lumpur dan Perak)
Zon Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan)
Zon Selatan (Johor).
Atara geng mat rempit:
Apache (Kuala Lumpur)
Budak Shell (Kuala Lumpur)
Man Botak (Pantai Timur)
Man Kerinting (Pantai Timur)
Skuter Boys (Sungai Besi, Kuala Lumpur)
Jenis motosikal paling popular digunakan mat rempit:
Yamaha RXZ
Honda EX5
Yamaha Nuovo
Suzuki 100
Modenas Kriss
50 mat rempit ikuti program pemulihan
PUTRAJAYA 18 Sept. - Seramai 50 orang mat rempit berusia 18 hingga 25 tahun bakal menyertai kumpulan pertama program pemulihan khas Remaja Perkasa Negara bagi membentuk mereka menjadi belia yang berjaya dalam kehidupan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek perintis di bawah Permata Negara itu yang dijadual bermula awal Januari depan akan mendedahkan mereka dengan kemahiran memimpin dan menguasai diri. Menurutnya, program tersebut memakan masa antara dua minggu hingga enam bulan dan akan dilaksanakan di sebuah pusat khas terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
"Mereka (mat rempit) yang terpilih ini merupakan golongan tegar dan telah melakukan kesalahan sama berulang kali. "Program ini bukan bertujuan menghukum tetapi memberi keyakinan supaya mereka menjadi manusia berguna dan lebih berjaya," katanya. Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program Permata Negara di sini hari ini.
Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Najib menambah, golongan remaja bermasalah termasuk pesalah juvenil juga akan dikenakan hukuman khidmat masyarakat dan bukan lagi dipenjarakan. Jelasnya, langkah tersebut dilihat lebih berkesan dalam usaha pemulihan daripada dihantar ke penjara kerana dikhuatiri akan mendedahkan mereka dengan golongan penjenayah yang lebih berbahaya.
"Peruntukan undang-undang mengenai perkara ini sudah pun diluluskan. "Mereka yang terlibat dengan hukuman ini juga akan dipantau dan dibimbing kepada orientasi lain yang boleh memberi kesan positif," ujarnya.
No comments:
Post a Comment