Lagi tentang Mat Rempit

| | 0 comments

6 bulan koma tidak insaf

Oleh Siti Nur Almizan Aripin dan Bennie Zie Fauzibminggu@bharian.com.my
Berbohong jadi amalan mat rempit, keluarga terlalu mudah diperdaya SOAL patah riuk tidak pernah ada dalam kamus diri mat rempit. Hanya maut menjadi penamat kepada usaha sia-sia mereka yang saban malam berlumba motosikal hanya untuk sedikit habuan membabitkan pertaruhan kecil. Pertaruhan besar hanya untuk malam minggu yang menyaksikan perempuan bohsia menjadi hadiah untuk pemenang lumba haram, selain wang.

Hakikatnya, soal patah kaki atau cedera parah akibat jatuh motosikal ketika berlumba tidak sedikitpun menakutkan mat rempit, apatah lagi kehadiran polis yang cuba menyekat laluan perlumbaan mereka lebih dilihat sebagai marsyal untuk melancarkan lagi perlumbaan mereka. “Saya menerima 69 jahitan dan setahun dirawat di hospital selepas jatuh ketika berlumba di Seksyen 19, Shah Alam. Enam bulan saya koma, tiga bulan hilang ingatan dan tiga bulan lagi belajar menggerakkan anggota badan untuk pulih semula. “Kejadian itu tidak menginsafkan saya supaya tidak lagi merempit. Hanya selepas melihat rakan baik saya bertarung dengan maut akibat motosikalnya bergesel dengan pembahagi jalan dan serpihan motosikal menghiris jantungnya, barulah saya insaf,” kata bekas mat rempit, Mohamad Zahari Sulaiman.

INFO: Mat Rempit
 76 peratus pernah ditahan polis sekurang-kurangnya sekali atau kesalahan sama atau jenayah.
 24 peratus daripada mereka mat rempit baru (ikutan).
 11 peratus daripada mereka adalah pelajar termasuk Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Kajian:
 Pembabitan Mat Rempit dalam Jenayah (560 responden)
 Faktor Pembabitan Mat Rempit (100 responden)
 Mat Rempit dan Hubungan dengan Masalah Sosial (108 Utara (Kedah dan Pulau Pinang)
 Zon Tengah (Kuala Lumpur dan Perak)
 Zon Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan)
 Zon Selatan (Johor).

Atara geng mat rempit:
 Apache (Kuala Lumpur)
 Budak Shell (Kuala Lumpur)
 Man Botak (Pantai Timur)
 Man Kerinting (Pantai Timur)
 Skuter Boys (Sungai Besi, Kuala Lumpur)

Jenis motosikal paling popular digunakan mat rempit:
 Yamaha RXZ
 Honda EX5
 Yamaha Nuovo
 Suzuki 100
 Modenas Kriss



50 mat rempit ikuti program pemulihan

PUTRAJAYA 18 Sept. - Seramai 50 orang mat rempit berusia 18 hingga 25 tahun bakal menyertai kumpulan pertama program pemulihan khas Remaja Perkasa Negara bagi membentuk mereka menjadi belia yang berjaya dalam kehidupan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek perintis di bawah Permata Negara itu yang dijadual bermula awal Januari depan akan mendedahkan mereka dengan kemahiran memimpin dan menguasai diri. Menurutnya, program tersebut memakan masa antara dua minggu hingga enam bulan dan akan dilaksanakan di sebuah pusat khas terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

"Mereka (mat rempit) yang terpilih ini merupakan golongan tegar dan telah melakukan kesalahan sama berulang kali. "Program ini bukan bertujuan menghukum tetapi memberi keyakinan supaya mereka menjadi manusia berguna dan lebih berjaya," katanya. Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program Permata Negara di sini hari ini.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Najib menambah, golongan remaja bermasalah termasuk pesalah juvenil juga akan dikenakan hukuman khidmat masyarakat dan bukan lagi dipenjarakan. Jelasnya, langkah tersebut dilihat lebih berkesan dalam usaha pemulihan daripada dihantar ke penjara kerana dikhuatiri akan mendedahkan mereka dengan golongan penjenayah yang lebih berbahaya.

"Peruntukan undang-undang mengenai perkara ini sudah pun diluluskan. "Mereka yang terlibat dengan hukuman ini juga akan dipantau dan dibimbing kepada orientasi lain yang boleh memberi kesan positif," ujarnya.

ISU MORAL - Mat Rempit

| | 0 comments

Mat rempit yang lebih dikenali mat motor dan bohjan sebelum ini, seakan-akan tiada penghujungnya selagi masih ada peluang bagi anak muda ini menjadi ‘raja’ di jalan raya. Konsep mat rempit ialah berlumba secara haram, memandu motosikal secara laju dan merbahaya yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya di samping menyusahkan pengguna kenderaan yang lain. Bagi mereka, keseronokkan dan kepuasan melakukan aktiviti ini menjadi matlamat utama tanpa memikirkan keselamatan diri dan nyawa sendiri ataupun orang lain. Hasil kajian mendapati, 97 peratus daripada mereka disifatkan sebagai ‘kepala angin’ atau sanggup melakukan apa saja untuk mencari keseronokan manakala bakinya kira-kira tiga peratus digelar sebagai mat motor iaitu individu yang benar-benar sukakan motosikal. Kebanyakan mat motor ini pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lebih kepada mencari keseronokan ketika masa lapang atau melepaskan tekanan menjelang peperiksaan.

Sebenarnya, gejala mat rempit hanya wujud di Malaysia, malah tiada sebarang jurnal antarabangsa yang pernah melaporkan masalah itu kecuali di negara ini. Kajian UKM mendapati pelumba motosikal haram antara penyumbang besar kepada indeks jenayah negara. Mat rempit itu mewakili pelbagai kaum, tetapi majoritinya Melayu, diikuti kaum India. Satu pertiga daripada belia Melayu yang bergelar mat rempit adalah anak pendatang asing yang memiliki kad pengenalan merah. Begitu juga dengan minah rempit. Sebahagian mereka ini seperti tiada semangat patriotik sehinggakan sanggup mencalar maruah dan keselamatan diri semata-mata untuk mencari kepuasan sementara. Kajian akademik pertama mengenai isu mat rempit itu juga mendedahkan peningkatan pembabitan remaja Melayu yang mencapai 95 peratus daripada keseluruhan mat rempit seluruh negara, berbanding kajian kali pertama pada 2002 yang merekodkan 80 peratus.

Tidak menghairankan jika dikaji latar belakang mat rempit, ia menjurus kepada golongan yang datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Logiknya mereka juga mempunyai tahap pendidikan agak rendah dan ada antaranya tercicir daripada pengajian sekolah. Kira-kira 90 peratus belia yang terbabit dalam gejala merempit adalah mereka yang mempunyai masalah keluarga, selain tinggal di rumah yang sempit. Jiwa belia yang agresif pula memang sukar dikawal menyebabkan mereka lebih suka melepak di luar rumah. Sebab lain, tidak selesa dengan keadaan rumah sempit seperti rumah pangsa yang mempunyai satu atau dua bilik, menyebabkan mereka suka menumpang di rumah kawan. Ini menyebabkan mereka bebas keluar sehingga ke awal pagi kerana tiada siapa pun yang melarang. Ada juga kalangan mat rempit ini mempunyai krisis personaliti. Jika di rumah mereka berlagak baik tetapi apabila berada di luar, merekalah raja. Apa yang mereka tahu ialah mencari hiburan tetapi dengan cara tersendiri yang jelas membahayakan nyawa sendiri bahkan boleh menjadi igauan ngeri kepada pengguna jalan raya lain. Kebanyakan mereka penganggur yang tidak mempunyai pendapatan tetap, pekerja kilang (bahagian am), mat despatch (penghantar surat), penjual burger jalanan, pembantu bengkel kenderaan dan pelajar (sekolah dan IPT).

Kajian yang dijalankan dengan kerjasama cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu juga mendapati, 85 peratus daripada mereka tidak mempunyai lesen memandu atau tamat tempoh sah. Kebanyakan mereka juga sering menggunakan motosikal milik ibu bapa, abang, kawan, syarikat untuk berlumba. Agak menarik, mat rempit mempunyai sikap setia kawan yang cukup tinggi dan sering mengutamakan kumpulan. Terdapat banyak contoh yang dapat kita perhatikan. Contoh yang paling mudah ialah jika berlaku kemalangan sama ada ketika operasi atau berlumba, mereka akan melarikan rakan mereka dan motosikal secepat mungkin sebelum dicekup polis. Contoh lain yang dipetik dari Harian Metro menceritakan akibat terbabit kemalangan kecil, seorang ahli perniagaan nyaris buta mata kiri akibat dibelasah dengan topi keledar oleh sekumpulan Mat Rempit di Pekan Cina, Alor Star. Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, Low Jui P’ng, 28, memandu kereta Toyota Vios miliknya bersama seorang rakan untuk makan malam di sebuah restoran di kawasan itu sebelum ia dilanggar sebuah motosikal ditunggangi secara berbahaya oleh seorang remaja. Low berkata, sejurus selepas itu, dia turun dari kereta untuk berbincang dengan remaja terbabit berikutan bahagian kiri keretanya itu remuk teruk tetapi remaja terbabit seperti tidak mahu bertanggungjawab. “ Saya memintanya ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan itu tetapi dia enggan. Belum sempat saya berbuat apa-apa, sekumpulan Mat Rempit seramai 10 orang mengepung saya. Mereka memukul saya dengan topi keledar menyebabkan mata kiri dan kepala saya berdarah. Kemudian saya dibawa ke jambatan di Jalan Langgar kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kemalangan itu. Sampai di sana, kira-kira 20 hingga 30 orang dipercayai rakan kumpulan remaja terbabit menunggu di situ menyebabkan saya semakin takut. Mereka memukul saya dengan topi keledar di badan menyebabkan saya tidak dapat melawan dan tersungkur ke atas jalan,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Star pada malam kejadian. Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab mengesahkan menerima laporan mangsa dan pihaknya mengesan suspek yang dipercayai terbabit kejadian itu.


Kajian terbaru yang dijalankan Ketua Program Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rozimi Ismail mengatakan “Mereka terlalu muda dan masih belum terlewat untuk membantu golongan ini kembali ke pangkal jalan. Kebanyakan mereka berusia antara 14 hingga 25 tahun dan majoritinya berusia lingkungan 21 ke atas,”. Usia terlalu muda juga menyebabkan mereka mudah taksub kepada ketua kumpulan terdiri daripada mat rempit senior. Ada antara mereka digelar ‘sifu, abang pendek,abang pendek “.

Ramai di antara mereka terdiri dari golongan remaja yang terlibat dengan masalah sosial seperti kegiatan lumba motosikal haram, penyalahgunaan dadah, samseng jalan raya, peragut dan sebagainya. “Ramai antara mat rempit yang mengaku terbabit dalam penyalahgunaan dadah, ini membuktikan golongan itu menjadi antara penyumbang besar kepada indeks jenayah negara. “Kira-kira 24 peratus daripada mereka mengaku pernah terbabit dalam jenayah, misalnya pecah rumah, curi motosikal, kumpulan samseng, vandalisme dan seks bebas. SEKS di atas motosikal. Suatu yang pelik dan agak mustahil, tetapi bagi sesetengah pelumba motosikal haram atau mat rempit, itu perkara biasa bahkan menjadi kebanggaan kerana ia melambangkan kehebatan sesama mereka. Tindakan liar dan tidak bermoral itu adalah antara pengakuan mat rempit dan minah rempit berdasarkan kajian terbaru yang dijalankan Ketua Program Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rozimi Ismail.

Menurut Prof Abdul Rahim Md Nor, Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), turut menyuarakan kebimbangannya kerana perkembangan semasa menunjukkan gejala mat rempit bukannya berkurangan atau terkawal, sebaliknya semakin menjadi-jadi. Buktinya, jika dulu cuma 10 atau 20 orang mat rempit bergerak dalam satu kumpulan, kini bilangan mereka mencecah hingga 200 orang.
Faktor utama yang menyumbang kewujudan mat rempit ini, sekurang-kurangnya lima faktor iaitu sikap mat rempit, ada 'peminat' gejala itu, pengaruh permainan video, pengaruh media dan penguatkuasaan undang-undang yang longgar. Sikap mat rempit yang menyifatkan perbuatan mereka itu memberikan kepuasan dan keseronokan tersendiri. Mereka berasa teruja dapat beraksi di jalan raya, ditonton ramai, ada peminat serta ganjaran seperti wang dan wanita untuk ditiduri. Tidak kurang juga yang menjadikan aksi rempit itu cara meleraikan pertelagahan seperti kumpulan mana yang memandu paling laju. Merempit ini memberi kepuasan rekreasi kepada mereka. Jika orang lain seronok panjat gunung atau kegiatan sukan lain, mat rempit menganggap membonceng motosikal dengan laju dan mempamerkan aksi bahaya itu satu kepuasan. Lebih-lebih lagi jika mereka ada kawan yang meminati perkara sama.

Cadangan dari pihak kerajaan untuk menangani masalah mat rempit ini seperti mewujudkanProgram Remaja Perkasa Negara bagi menempatkan remaja yang terlibat dengan masalah sosial seperti kegiatan lumba motosikal haram menjalani pemulihan. Perdana Menteri berkata program itu dilaksanakan di bawah Program Permata Negara dijangka bermula pada Januari tahun depan dan akan menempatkan remaja berisiko tinggi dalam masalah sosial yang berumur antara 18 hingga 25 tahun. "Program itu bukan bertujuan untuk menghukum mereka tetapi untuk membolehkan mereka melalui proses pemulihan dan menambah kemampuan serta keyakinan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mengenai Permata Negara.
Menerusi program itu juga akan diwujudkan Program Khidmat Sosial yang akan diselaraskan dengan pesalah remaja yang dikenakan hukuman di bawah undang-undang Khidmat Sosial. Pesalah bukan sahaja dikehendaki membuat komuniti service (khidmat masyarakat) tetapi ada juga pemantauan dan mentoring serta aktiviti lain yang boleh memberikan mereka lebih banyak kesan yang lebih positif. "Sebagai permulaan projek perintis itu akan melibatkan 50 remaja yang melakukan kesalahan berulang kali dan mahkamah boleh mengeluarkan perintah untuk mereka mengikuti program itu," katanya. Sekiranya pesalah Mat Rempit ini ditempatkan di penjara akan mendedahkan mereka kepada pengaruh penjenayah tegar dan akan menjadikan mereka bakal penjenayah yang lebih berat. Sebagai permulaan mereka akan menjalani program intervensi ala kem selama dua minggu hingga enam bulan untuk menjalani proses pemulihan bagi menambah kemampuan mereka daripada segi kepimpinan dan jati diri.
Jabatan Perdana Menteri akan menyediakan kelengkapan yang diperlukan bagi menjayakan program pemulihan khas Remaja Perkasa Negara untuk mat rempit. Menterinya, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya bersama-sama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan bekerjasama menjayakan program itu. Katanya, disebabkan ia adalah projek perintis, maka tumpuan lebih perlu diberikan bagi memastikan ia mencapai sasaran yang dikehendaki.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat sebarang tugasan atau peranan yang khusus dalam menjayakan program berkenaan. Bagaimanapun, apabila projek tersebut dijalankan kelak, kementerian akan memberi kerjasama sepenuhnya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye mengalu-alukan langkah kerajaan mewujudkan program berkenaan yang disifatkannya sebagai landasan untuk remaja membentuk diri mereka. Katanya, langkah itu penting kerana remaja termasuk golongan mat rempit merupakan bakal pemimpin yang akan menjadi tonggak pentadbiran negara kelak, justeru mereka perlu diberikan pendidikan dan bimbingan dari peringkat awal. ''Dalam mendidik mereka, kita tidak boleh sentiasa mengutuk tingkah laku mereka sebaliknya memberi tumpuan kepada diri mereka dan cara yang terbaik adalah dengan menjayakan program sebegini,'' jelasnya. Menurut Lam Thye, tempoh enam bulan untuk melaksanakan aktiviti yang sesuai dan menarik kepada golongan itu adalah mencukupi jika tumpuan diberikan sepenuhnya. Beliau berharap usaha kerajaan untuk memulihkan golongan terbabit dapat diperbaharui berbanding program-program sebelum ini dengan menerapkan pelbagai aspek penting khusus untuk remaja.

Cadangan saya pula untuk mengatasi masalah ini ialah :
1) Hendaklah dihukum penjara lebih lima tahun dan denda dengan jumlah yang berat supaya mereka insaf dan sedar dengan kesalahan itu.
2) Penekanan tentang ajaran Islam perlu diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak kecil agar tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat di kemudian hari. Peranan ibu bapa sangat penting semasa di rumah dan hendaklah bijak menangani masalah anak.
3) Jangan pandang hina kepada golongan ini, sebaliknya cuba dekati mereka dengan cara psikologi yang sesuai dan nasihat yang bernas. Pihak kerajaan dan bukan kerajaan harus bekerjasama.
4) Mewujudkan tempat aktiviti sesuai untuk mereka seperti litar lumba khas dan secara percuma. Mungkin harga tiket masuk ke litar lumba itu terlalu mahal dan tidak mampu menyebabkan mereka lebih senang berlumba di atas jalan raya awam.
5) Menghantar mat rempit menyertai aktiviti atau program yang mampu mengubah tingkah laku mereka dan wujudkan sikap saling menghargai di antara satu sama lain.
6) Pihak kerajaan hendaklah menganjurkan aktiviti sihat seperti konvoi bermotosikal secara selamat sambil menjalankan program kerja amal yang bertujuan untuk menyemarakkan kempen tertentu seperti kempen lumba haram, jauhi dadah, banteras mat rempit dan isu semasa seperti bantuan untuk Palestin dan kembara mencari kanak-kanak yang hilang dan sebagainya.
7) Pengeluar filem dan drama bersiri yang berlumba-lumba menghasilkan cerita mengenai mat rempit hendaklah menekankan isi cerita yang penuh dengan pengajaran yang berguna serta menimbulkan keinsafan supaya dapat dijadikan sebagai teladan yang baik. Jika diperhatikan remaja sekarang lebih berminat dengan siaran tv yang menampilkan aksi-aksi lasak dan ganas yang mana akan ditiru oleh mereka. Aura filem sedemikian bukan saja di ibu negara tetapi menular sehingga ke segenap pelosok tanah air. Pengarahnya pula mendakwa produksi itu memberi pengajaran. Apa gunanya pengajaran hanya 20 peratus berbanding keburukan sebanyak 80 peratus.

Oleh itu, pemahaman Islam secara mendalam adalah jalan keluar yang terbaik kepada pelbagai isu sosial termasuk masalah Mat Rempit yang semakin menjadi-jadi. Punca utama gejala Mat Rempit yang kini hangat diperkatakan adalah kerana jiwa mereka yang kosong tanpa pengisian roh agama. Maka, didikan pengetahuan Agama Islam sejak kecil sangat perlu untuk membina kekuatan rohani dan jasmani mereka serta dapat mengelakkan diri dari terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak sihat. Golongan ini yang rata-ratanya terdiri dari kalangan remaja dan belia memilih cara yang silap untuk berhibur sehinggakan mereka kemudiannya terikut-ikut dengan tindak-tanduk kawan-kawan. Selain itu, Ibu bapa bertanggungjawab mengawal sepenuhnya ke atas anak-anak remaja ini supaya tidak bercampur dengan kawan-kawan yang runtuh akhlaknya. Kerjasama dari semua pihak sangat diharapkan supaya masalah ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Masa depan negara bergantung kepada remaja sekarang yang bakal menjadi pewaris pada masa hadapan. Oleh itu didikan dari peringkat awal perlu ditekankan supaya hasilnya nanti membanggakan semua pihak.

Lagu Sekolah

| | 0 comments

Sekolah Agama yang tercinta
Seri Merlong diberi nama
Di bawah naungan satu bendera
Dengan semangat usaha jaya

Guru dan murid bekerjasama
Saling membantu gigih berusaha
Korban segala jiwa dan raga
Demi menyahut tuntutan agama

Seri Merlong nama terbilang
Jasa baktimu jadi sanjungan
Quran dan Hadis jadi panduan
Hidup bertaqwa sepanjang zaman

Sekolahku yang tercinta
Ku berjanji harumkan namamu
Akhlak dijaga disiplin terlaksana
Semoga Allah memberkatinya 2x

Aktiviti sekolah sepanjang bulan Julai, Ogos, Sept 2009

| | 0 comments

JULAI

01.07.2009
Pendaftaran murid baru Darjah 1 2010

2.07.2009
Perhimpunan Mingguan setiap hari Isnin

17 .07.2009
Majlis Israk dan Mikraj

21.07.2009
Majlis Tilawah Al-Quran Murid-murid Sekolah Agama Peringkat Daerah Batu Pahat 2009.

24.07.2009
Gotong-royong perdana OGOS

03.08.2009
Perhimpunan Mingguan setiap hari Isnin

06.08.2009
Mesyuarat Guru kali ke-5

07.08.2009
Majlis Kesyukuran dan Tahlil dan jamuan nasi beriani kerana merasmikan kantin baru


12.08.2009
Hari Muamalat

15.08.2009
Mengibarkan bendera di kawasan sekolah dan bilik darjah

21.08.2009
Majlis kesyukuran sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-52 SEPTEMBER

01.09.2009
Mesyuarat tentang pembahagian bacaan Juzuk Al-Quran sempena bulan Ramadhan

15 .09.2009
Tadarus Al-Quran jam 5.30-6.00 petang


16.09.2009
Majlis Khatam Al-Quran Dan Bacaan Tahlil

17.08.2009
sempena majlis sambutan Hari Raya 2009 peringkat sekolah pada 01.10.2009


Warga Pendidik Sek.Agama Seri Merlong

| | 1 comments


Duduk dari kanan :
Ustazah Rafeeah binti Suratin, Ustazah Jamilah binti Haji Kadiran, Ustaz Haji Mohd.
Amin bin Abdul Patah, Ustaz Abdul Rashid bin Abdul Rahman, Ustazah Juhana binti Mahbob.

Berdiri dari kanan :
Ustazah Ruhadiah binti Sulaiman, Ustazah Rohana binti Manaf, Ustazah Kamariah binti Kasrin,
Ustazah Rohaida binti Jamari, Ustazah Rugayah binti Juki dan Ustazah Monaliza binti Iskandar.

Panorama Sekolah

| | 0 comments

ss

Lokasi Sekolah

| | 0 comments

Visi dan Misi Sekolah

| | 0 comments

VISI

“ MURID CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG “

MISI

1) Membentuk dan melahirkan murid cemerlang.

2) Berilmu, beriman dan berjaya dalam pelajaran.

3) Berwawasan serta berilmu dan berakhlak mulia.

4) Menjadi masyarakat penyayang serta hormat kepada orang tua.

5) Berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Sejarah Sekolah

| | 1 comments

Kewujudan Sekolah Agama Seri Merlong bermula pada tahun 1960an. Ia lebih dikenali sebagai Sek. Agama Kerajaan Johor. Permintaan pengajaran terhadap pengajaran Al-Quran dan ilmu agama menyebabkan sekolah ini terus bertahan.

Selanjutnya Kerajaan Johor telah membuat kata sepakat dengan Kerajaan Pusat bagi mengiktiraf kewujudan Sek. Agama Kerajaan Johor. Lalu terbentuknya sukatan pelajaran yang lebih tersusun dengan penambahan matapelajaran antaranya Munakahat.

Nama Sekolah Agama Seri Merlong adalah sempena nama kampong terletaknya bangunan sekolah ini. Sebelum memiliki bangunan sendiri para pelajar dan guru-gurunya telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Merlong. Sesi pembelajaran di sekolah ini hanya dilaksanakan pada sebelah petang bermula jam 2.00 hingga 6.30 petang dan ianya kekal hingga ke hari ini.

Penyerahan kunci sekolah merupakan detik yang bersejarah kepada warga sekolah ini. Ia berlaku pada 4 Januari 1986 bersamaan 23 Rabiulakhir 1406 H. Peristiwa ini telah dirakamkan di dalam Buku Rekod Maklumat Sekolah. Banguna baru terdiri dari dua bangunan dua tingkat, memiliki 12 bilik darjah. Sehingga ke hari ini prasarana prasarana sekolah sentiasa dipertingkatkan. Antaranya pembinaan bangunan Musola, kantin, Dewan terbuka, pondok bacaan dan lain-lain lagi.

Tarikh permulaan sekolah ini digunakan oleh murid-murid dan guru-guru pada hari Ahad 5 Januari 1986 bersamaan 24 Rabiulakhir 1406 H. Pada masa kini, sekolah ini semakin ceria dan terus mampu menampung pelajar seramai 450 orang dan gurunya seramai 12 orang.


SEJARAH PENYERAHAN KUNCI SEKOLAH

Hari Sabtu 4 Januari 1986 bersamaan 23 Rabiulakhir 1406 H, diadakan majlis penyerahan kunci bangunan Sekolah Agama Seri Merlong daripada pihak pemaju bangunan kepada pihak Jabatan Agama Negeri Johor.
Majlis diadakan di dewan bangunan sekolah ini. Aturcara majlis didahului oleh ucapan daripada Tuan Pengelola Sekolah Agama Daerah Batu Pahat, pihak pemaju bangunan Negeri Johor, Setiausaha Jabatan Agama Negeri Johor, Tuan Pengerusi Kampung Seri Merlong, Ketua UMNO cawangan Seri Merlong serta bacaan Doa oleh Tuan Naib Qadi Seri Merlong.

Kemudian diadakan majlis penyerahan anak kunci bangunan oleh pihak pemaju bangunan kepada Setiausaha Jabatan Agama Negeri Johor seterusnya diserahkan kepada Tuan Guru Besar Sekolah Agama Seri Merlong tepat jam 12.00 tengahari.

Majlis ini dihadiri oleh Setiausaha Jabatan Agama Negeri Johor, pemaju bangunan negeri, Tuan Pengelola Sekolah Agama Daerah Batu Pahat, Cikgu Pelawat bahagian Rengit, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Merlong, Bekas Timbalan Pengarah Pelajaran Agama Johor, Tuan Pengerusi Kampung Seri Merlong, kontraktor bangunan, pemborong peralatan sekolah, guru-guru dan Ahli-ahli Jawatankuasa penaja Sekolah Agama Seri Merlong.

Bangunan ini mula digunakan pada hari Ahad 05 Januari 1986 bersamaan 23 Rabiulakhir 1406 Hijrah.